Apa Itu Takaful?

 
Takaful mengikut makna syara' ialah pakatan satu kumpulan yang saling menjamin antara satu sama lain. Ia lebih membawa maksud perkongsian risiko antara peserta takaful. Segala sumbangan peserta akan dimasukkan didalam satu tabung yang akan diuruskan oleh AIA Public Takaful sebagai pemengang amanah. Jika terdapat sesuatu yang berlaku kepada peserta, bayaran atau penggantian kerugian (yang ditanggung) akan dilakukan melalui tabung ini.

Istilah 'takaful' ini digunakan bagi segala perniagaan berkaitan dengan perniagaan insurans yang berlandaskan islam. Perniagaan takaful ini bertujuan untuk memberi jaminan yang berlandaskan Syara' iaitu terhindar dari unsur-unsur yang tidak sepatutnya ada dalam sistem perniagaan Islam, iaitu riba' (bunga), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian).

Untuk memastikan perniagaan takaful terhindar dari segala jenis aspek yang dilarang di dalam Islama pengendali Takaful mengantikan prinsip yang diguna pakai dalam insurans dengan konsep Tabarru' iaitu derma. Berikut adalah ciri-ciri operasi Takaful:
a. Pihak syarikat atau pengendali takaful bukanlah pihak yang menanggung risiko. Akan tetapi peserta yang saling menjamin dan bersetuju melindungi satu sama lain. Ini berbeza dengan Insurans. Dimana pihak syarikat adalah pihak yang menanggung risiko.
b. Syarikat bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak peserta dalam usaha menguruskan operasi takaful.
c. Semua bayaran sumbangan yang dibayar oleh peserta akan dikumpulkan dalam satu tabung dana. Dana ini dipanggil dana tabarru’.
d. Dalam masa yang sama, wang yang ada dalam dana tersebut boleh dilaburkan dalam mana-mana perlaburan yang diluluskan oleh Majlis Syariah.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh terus hubungi saya (Free Quotation & Consultation) :
☎️ CALL/SMS: 011-19700402
📱 WHATSAPP: http://besttakafulplan.wasap.my

MUHAMMAD AIMAN
AIA Life Planner

Comments