Apa Itu Takaful?
Takaful mengikut makna syara' ialah pakatan satu kumpulan yang saling menjamin antara satu sama lain. Ia lebih membawa maksud perkongsian risiko antara peserta takaful. Segala sumbangan peserta akan dimasukkan didalam satu tabung yang akan diuruskan oleh AIA Public Takaful sebagai pemengang amanah. Jika terdapat sesuatu yang berlaku kepada peserta, bayaran atau penggantian kerugian (yang ditanggung) akan dilakukan melalui tabung ini. Istilah 'takaful' ini di gunakan bagi segala perniagaan berkaitan dengan perniagaan insurans yang berlandaskan islam. Perniagaan takaful ini bertujuan untuk memberi jaminan yang berlandaskan Syara' iaitu terhindar dari unsur-unsur yang tidak sepatutnya ada dalam sistem perniagaan Islam, iaitu riba' (bunga), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian). Untuk memastikan perniagaan takaful terhindar dari segala jenis aspek yang dilarang di dalam Islama pengendali Takaful mengantikan prinsip yang diguna pakai dalam i